• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • mata ikan

    Sunday, December 5, 2010
    Ulser berasal dari perkataan Latin, Ulcus yang bermaksud bukaan.
    Ulser mulut merujuk kepada lapisan membran yang terdadah
    disebabkan oleh kecederaan pada lapisan mukus.
    Mukus bertindak sebagai pelindung kepada sel-sel di bawahnya.
    Ulser mulut biasanya berlaku di dinding mulut, gusi, lidah, lelangit dan kadang-kala
    melibatkan anak tekak. Sekiranya masalah ini berulang, ianya dikenali sebagai Ulser Apthous.




    adus,sakitnyer ...mak tolom!!


    Ulser boleh dikenalpasti melalui beberapa tanda, sepeti:
    • terdapat bukaan bulat berwarna putih atau kuning, dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah
    • mempunyai saiz sekitar 2-5mm
    • ulser boleh wujud lebih daripada satu sama ada berkelompok atau di kawasan yang berbeza pada satu masa
    • mengakibatkan bengkak
    • sakit terutamanya apabila  kawasan ulser terkena sesuatu seperti makanan, tergigit, berus gigi, benda keras dan lain- lain.
    • boleh berulang tetapi tidak berjangkit
    • sembuh sendiri dalam waktu 3 minggu
    PUNCA-PUNCA
    Penyebab utama masih belum diketahui dngan jelas. Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor dikaitkan dngan ulser:
    • Kecederaan pada dinding mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam (tulang ikan), makanan atau minuman yang terlalu panas, rawatan pergigian, bahan kimia (aspirin, alkohol, sodium laryl sulfate)
    • tahap immuniti yang rendah
    • jangkitan kulat (Coccidiodes immitis, Cryptococcus neoformans, Blastomyces dermatitis)
    • jangkitan bakteria (Mycobacterium tuberculosis, Treponema pallidum)
    • jangkitan virus (Herpes Simplex Virus, Varicella Zoster, Coxsackie A Virus)
    • stress
    • penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman seperti Penyakit Crohn, Penyakit Coeliac, SLE, Ulcerative Colitis
    • kekurangan vitamin C
    • kekurangan vitamin B12
    • penyakit autoimmuniti- Mukus Membran Pemphigoid
    • kanser oral
    • kitaran haid
    • alahan terhadap makanan (contoh: nanas)
    • pengambilan steroid
    • dehidrasi yang keterlaluan
    RAWATAN & PENCEGAHAN
    1. Pengambilan analgesik seperti parasetamol dapat mengurangkan sakit
    2. Rawatan laser dikatakan paling berkesan mengurangkan kesakitan dan merawat ulser dalam tempoh 24-72jam.
    3. Debacterol-mengandungi asid yang dapek membunuh bakteria di kawasan ulser.
    4. Bonjela-sejenis gel yang dapek mengurangkan kesakitan.
    5. Rawatan tradisional seperti meletakan uncang teh di kawasan ulser dapat mungurangkan kesakitan.
    6. Mengamalkan diet yang seimbang terutamanya pengambilan vitamin dan asid folik. Vitamin A & D bagus untuk kesihatan lapisan mulut. Vitamin C meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
    7. Meningkatkan tahap kebersihan oral termasuklah penggunoan bahan kumuh yang antiseptik.
    8. Elakkan makanan dan minuman yang terlalu panas
    9. Elakkan penggunaan ubat gigi yang mengandungi Sodium Lauryl Sulphate(SLS).
    10. Makanan seperti yogurt dan probiotic dapat mengimbangkan bilangan bakteria baik dalam tubuh.
    11. Minum air dengan banyak
    12. Bawa bertenang dan kurangkan stress.





    jan pepndai letak garam lak,guling2  xckup katil dibuatnye nt


    Owraitt... tu dia  tntang penyakit ulser mulut ni.
    Yang pasti, tidak berjangkit.
    p/s: tujuan utama ak wat entry ni coz ak merana disebabkan mata ikan ni yg bnyak  lam mulut ak ni..huk3..sedes2.-_-
    Twink.